Translate


web stats Toad Jumping Up and Down

Thursday 12 September 2013

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK


1. SKIM PERKHIDMATAN

    Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, R22, R24

2. PERINGKAT ORGANISASI

     Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan

3. RINGKASAN TUGAS

    Berperanan dalam membuat kerja penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem pemasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan- Peraturan Elektrik 1994. 

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Penjaga Jentera Elektrik Gred R17

a. Aspek Operasi
  1. Membantu mengurus kerja penyenggaraan elektrik bagi pihak Jabatan, termasuk kerja pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia pada upacara majlis rasmi.
  2. Mengenalpasti, memeriksa dan menguji peralatan dan komponen elektrik (contoh, Papan Suis Utama, dan Papan Suis Kecil) di bangunan-bangunan kerajaan, supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat.
  3. Merekod, menyimpan rekod, dan menyenggara rekod senggaraan elektrik. Segala aktiviti senggara perlu di dokumenkan dengan baik, menggunakan borang dan buku log.
  4. Membantu melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan/ inspektorat ke atas pemasangan elektrik untuk premis-premis kerajaan. 
  5. Kompeten untuk melaksanakan/mengendalikan kerja serta operasi bagi sistem elektrik voltan rendah tidak termasuk janakuasa tunggu sedia.

b. Aspek Pembangunan 

Bertanggungjawab memastikan dan menunjuk ajar serta memberi latihan kepada kumpulan penyelenggaraan bawahan dalam melaksanakan tugas mengikut amalan teknikal yang betul dan selamat, berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa. 

4.2 Penjaga Jentera Elektrik Gred R22

a. Aspek Operasi

i. Merancang dan membantu pihak pengurusan mengurus kerja penyenggaraan elektrik bagi pihak Jabatan, termasuk kerja pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia pada upacara majlis rasmi.

ii. Mengenalpasti, mengesan kerosakan, membaik pulih, memeriksa/menguji peralatan dan komponen elektrik (contoh, Papan Suis Utama, Janakuasa tunggu sedia dan Papan Suis Kecil) di bangunan-bangunan kerajaan, supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat.

iii. Merekod, menyimpan rekod, dan menyenggara rekod senggaraan elektrik. Segala aktiviti senggara perlu didokumenkan dengan baik, menggunakan borang dan buku log.

iv. Membantu melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan/ inspektorat, penyediaan laporan dan analisa, ke atas pemasangan elektrik untuk premis-premis kerajaan. 

v. Kompeten untuk melaksanakan/mengendalikan kerja serta operasi bagi sistem elektrik voltan rendah termasuk janakuasa tunggu sedia. 

b. Aspek Pembangunan 

Bertanggungjawab memastikan dan menunjuk ajar serta memberi latihan kepada kumpulan penyelenggaraan bawahan dalam melaksanakan tugas mengikut amalan teknikal yang betul dan selamat, berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa.


4.3 Penjaga Jentera Elektrik Gred R24

a. Aspek Operasi

i. Bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan mengurus kerja penyenggaraan elektrik bagi pihak Jabatan, termasuk kerja pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia pada
upacara majlis rasmi.  

ii. Bertanggungjawab dalam mengenalpasti, mengesan kerosakan, membaikpulih, memeriksa/menguji peralatan dan komponen elektrik (contoh; Papan Suis Utama, Janakuasa tunggu sedia dan Papan Suis Kecil) di bangunan- bangunan kerajaan, supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat.

iii. Merekod, menyimpan rekod, dan menyenggara rekod senggaraan elektrik. Segala aktiviti senggara perlu didokumenkan dengan baik, menggunakan borang dan buku log.

iv. Kompeten untuk melaksanakan/mengendalikan kerja serta operasi bagi sistem elektrik voltan rendah dan tinggi, termasuk janakuasa tunggu sedia. 

b. Aspek Pembangunan 

Bertanggungjawab memastikan dan menunjuk ajar serta memberi latihan kepada kumpulan penyelenggaraan bawahan dalam melaksanakan tugas mengikut amalan teknikal yang betul dan selamat, berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Pengurusan atasan. 
b. Rakan sekerja di bahagian/unit/cawangan yang sama. 
c. Pegawai di bahagian lain dalam organisasi yang sama. 

Luaran

a. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. 
b. Agensi kerajaan.4
c. Agensi swasta. 
d. Badan/Pertubuhan Antarabangsa.

6. PERSEKITARAN KERJA

Dalam dan luar pejabat. 

7. KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN

a. Memiliki kelayakan dan sijil sebagai seorang kompeten mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. 
b. Mempunyai kebolehan dalam merancang dan mengurus kerja- kerja penyenggaraan dan kakitangan bawahan. 
c. Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia. 
d. Kebolehan menulis laporan dan membuat analisa. 
e. Mengetahui penggunaan IT.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Integriti 
b. Bertanggungjawab. 
c. Profesionalisme. 
d. Kompeten. 
e. Kualiti.
f. Disiplin. 
g. Menepati masa. 
h. Tidak cacat anggota badan(contoh; buta, pekak dan lain-lain)

9. ANCAMAN/BAHAYA

a. Boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 
b. Boleh mengakibatkan bahaya kepada pengguna dan aset. 
c. Boleh diambil tindakan undang-undang.

4 comments: