Mengikut kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta
Bekalan Elektrik 1990 Menteri membuat Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
SUSUNAN PERATURAN - PERATURAN ELEKTRIK
1994
Ada 5 Bahagian dan 123 Peraturan
Dinamakan
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994. Terdapat beberapa peraturan,
subperaturan dan perenggan yang dikuatkuasakan pada 30hb Januari 1996.
PERATURAN -
PERATURAN ELEKTRIK 1994
PERATURAN 1
Nama
& Mula Berkuatkuasa
Peraturan
- Peraturan Elektrik 1994 Mengikut dalam Peraturan-Peraturan, melainkan jika
konteknya menghendaki makna yang lain.
PERATURAN 2
Tafsiran
PERATURAN
3
Permohonan
bagi pendaftaran pepasangan
(1)
Melainkan jika dikecualilkan oleh Menteri, permohonan bagi pendaftaran
pepasangan hendaklah dalam borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
PERATURAN
5
Pemeriksaan
dan Ujian Pepasangan
(1)
Pemeriksaaan dan ujian sesuatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran
hendaklah dibuat tidak lewat daripada 21 hari selepas diterima Borang A yang
disebut dalam peraturan 3 dan notis munasabah bagi pemeriksaan dan ujian itu
hendaklah diberikan seara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
PERATURAN
6
Fee bagi
Pemeriksaan dan Ujian Pepasangan
Fee
hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian mana-mana pepasangan pada
kadar yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua.
PERATURAN
7
Pembatalan
Perakuan Pendaftaran Pepasangan
(1)
Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan
di bawah Peraturan-Peraturan ini jika -
a)
Pepasangan
tidak lagi digunakan.
b)
Pepasangan
didapati tak selamat.
c)
Orang
yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakan bagi tujuan berlainan dengan
tujuan Perakuan itu dikeluarkan.
d)
Orang
itu telah melanggar Akta atau Peraturan-Peraturan.
PERATURAN
11
Kelulusan
bagi memulakan pendawaian
1)
Tiada
pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada
pepasangan yang sedia ada boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit
Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.
2)
Cara
menghitung perminataan arus maksima bagi pepasangan domestik dalam subperaturan
(1) hendaklah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.
PERATURAN
14
Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian
2)
Tiada
pepasangan, selain peraturan 11, boleh menerima bekalan tenaga daripada atau diberi
bekalan tenaga oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan
dan Perakuan Ujian dikemukakan
oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen atau pihak
berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
PERATURAN
15
Radas,
konduktor, aksesori, dsb
1)
Mana-mana
radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu
pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi bagi
menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun,
dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah
bahaya.
2)
Sesuatu
konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan
atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya.
3)
Sesuatu
konduktor yang tidak dilindungi dengan penyalut logam atau dialirkan dalam
pembuluh hendaklah dilindungi dengan penebat bush atau tiup, apabila konduktor
itu menembusi dinding, sesekat, lantai atau bumbung bangunan atau binaan lain.
4)
Sesuatu
kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam dalam
plaster dengan syarat kabel dan pembuluh itu ialah daripada bahan yang kakisan
pada kabel atau pembuuluh itu tidak akan menyebabkan tebatan menjadi lemah dan
bahaya akibat langsung daripada kebocoran arus.
5)
Sesuatu
kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di
dalam simen tulen atau konkrit.
6)
Mana-mana
konduktor atau radas yang terdedah pada cuaca, air, kakisan, pemanasan yang tak
sewajarnya atau digunakan dalam persekitaran yang mudah terbakar atau dalam
persekitaran yang mudah meletup hendaklah dibina atau dilindungi sedemikian
rupa bagi mencegah bahaya.
PERATURAN
16
Suis,
Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb.
(1)
Mana-mana suis, fius suis, suis fius, pemutus litar atau pengasing rangkai
hendaklah-
a)
Dibina,
ditempatkan atau dilindungi mengikut apa- apa cara bagi mencegah bahaya
b)
Dibina
dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi membuat dan mengekalkan sentuhan
berkesan
c)
Disediakan
gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan disusun mengikut apa-apa cara
supaya gagangnya tidak boleh dengan tak sengaja tersentuh mana- mana bahagian
hidup
d)
Dibina
dan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan tak sengaja
tersentuh mana-mana bahagian hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan
“off”.
e)
Dibina
dalam apa-apa cara supaya ia tidak boleh dalam keadaan sentuhan separa dengan
mana-mana konduktor hidup; dan
f)
Dibina
dengan apa-apa cara supaya tidak terdapat arka apabila digunakan untuk
memutuskan litar berbeban
(2)
Mana-mana pemutus litar dan penyentuh yang digunakan untuk menukarkan sumber
bekalan hendaklah mempunyai kutub-kutub yang termasuk suatu kutub
neutral.
3)
Mana-mana fius atau pemutus litar hendaklah -
a)
Dibina
dan disusun dengan apa-apa cara supaya dapat memutuskan arus apabila ia
melebihi nilai yang diberikan bagi masa yang mencukupi bagi mencegah bahaya;
dan
b)
Dibina,
dikawal atau ditempatkan dengan apa-apa cara supaya dapat mencegah bahaya
akibat terlampau panas, pengarkaan atau daripada penyelerakan logam panas atau
bahan lain.
(4) Fius
dalam subperaturan (3) hendaklah sama ada yang dibina sedemikian rupa atau yang
dilindungi dengan suis supaya bahagian boleh lakurnya mudah diganti tanpa
bahaya.
PERATURAN
17
Janakuasa,
motor, pengubah, dsb.
1)
Mana-mana
bahagian janakuasa, motor, pengubah atau kelengkapan lain yang dikendalikan
pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi yang boleh dicapai dengan bersahaja
oleh seseorang hendaklah dilindungi jika perlu untuk mencegah bahaya.
2)
Sesesuatu
motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk
menghidupkan atau memberhentikannya.
3)
Suis
yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa cara
supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.
4)
Mana-mana
gear suis yang digunakan yg berkaitan dengan win, penggulung dan kren yang
terdedah kepada cuaca, di atas kapal korek atau di tempat bawah tanah, dikendalikan
pada voltan lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah terdiri daripada
jenis salutan logam yang bertutup sepenuhnya.
5)
Jika
tenaga diubah daripada satu voltan kepada satu voltan lain, peruntukan
hendaklah diadakan untuk mengawal daripada bahaya disebabkan sistem voltan
rendah itu tercaj dengan tidak sengaja lebih tinggi daripada voltan biasanya
disebabkan kebocoran daripada atau kebocoran disebabkan sentuhan dengan sistem
voltan yang lebih tinggi.
6)
Jika
sesuatu pengubah-auto digunakan bagi apa-apa maksud, perhatian hendaklah
diambil bagi memastikan voltan di antara mana-mana bahagian lilitan voltan
rendah dengan bumi tidak melebihi voltan di antara terminal-terminal lilitan
voltan rendah itu.
7)
Sesuatu
pencawang bawah tanah, tidak selainnya mudah dan selamat diakses, hendaklah
disediakan dengan cara-cara masuk yg memadai melalui pintu dgn. Tangga atau
tangga panjat yang dipasangkan dengan selamat dan ditempatkan mengikut apa-apa
cara supaya tidak terdapat bahagian yang hidup pada mana-mana papan suis atau
konduktor tak bersalut yg boleh dicapai dgn bersahaja oleh mana-mana
orang.
PERATURAN
18
Cara
Pengasingan
Didalam suatu
sistem elektrik, cara yang berkesan hendaklah diadakan bagi:
a)
Mematikan
setiap bahagian sistem
b)
Melindungi
setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan
c)
Mematikan
setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang
selebihnya
d)
Mematikan
setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang
selebihnya.
PERATURAN
19
Susunan
papan suis secara am
1)
Susanan
am papan suis hendaklah seperti berikut:
a)
Semua
bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah
diakses.
b)
Pengaliran
tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan-sambungan
yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan
suis.
c)
Sesuatu
konduktor, tidak disusun untuk sambungan kepada sistem yang sama, hendaklah
diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan.
d)
Sesuatu
konduktor tak besalut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi mencegah
bahaya daripada sentuhan tak segaja.
2)
Alas
getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di atas
lantai di bahagian setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik
kepada seseoang pengendali.
3)
Sesuatu
papan suis yang mempunyai konduktor tak bersalut yang terdedah sedemikian rupa
sehingga mungkin tersentuh, hendaklah, jika tidak terletak disuatu kawasan yang
berasingan bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya.
4)
Tiada
siapa pun, kecuali orang kompeten atau orang yg bertindak di bawah penyeliaan
langsung orang kompeten, boleh mendapat akses kpd mana-mana bhgn. papan
suis.
5)
Sesuatu
radas yang bersangkutan dengan suatu papan suis dan menghendakki pengendalian
hendaklah ditempatkan dan disusun mengikut apa-apa cara supaya radas itu boleh
dikendalikan daripada pelantar kerja papan suis itu, dan mana-mana peralatan
penyukat dan penunjuk yang disambungkan kepadanya hendaklah ditempatkan
mengikut apa-apa cara supaya radas itu boleh diperhatikan daripada pelantar
kerja.
6)
Jika
radas, peralatan penyukat dan penunjuk yang disebut dalam subperaturan (5)
dikendalikan atau diperhatikan daripada mana-mana tempat, langkah awasan yang
mencukupi hedaklah diambil bagi mencegah bahaya.
PERATURAN
20
Mengendalikan
papan suis
Sebelum
apa-apa kerja dimulakan pada papan suis:
a)
Papan
suis itu hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan; atau
b)
Jika
papan suis itu disusun mengikut apa-apa cara supaya mana-mana konduktornya
boleh dimatikan mengikut bahagian dan diasingkan dengan pemisah atau pengadang
kekal atau boleh alih daripada bahagian yang bersebelahan yang konduktornya
hidup, bahagian yang padanya kerja akan dibuat hendaklah dimatikan dan setiap konduktor
dibumikan.
PERATURAN
21
Papan
suis dikendalikan pada voltan tinggi dan voltan amat tinggi
Dalam
suatu papan suis yang dikendalikan pada voltan tinggi atau amat tinggi -
a)
Konduktor
yg boleh dicapai dengan bersahaja oleh orang yang berdiri di atas pelantar
kerja atau dalam mana-mana laluan papan suis hendaklah ditempatkan atau
dilindungi secukupnya bagi mencegah bahaya;
b)
Rangka
logam mana-mana peralatan hendaklah dibumikan; dan
c)
Gagang
logam suis dan mana-mana gear logam bagi mengendalikan suis hendaklah
dibumikan.
PERATURAN
22
Sesalur
dan sambungan bawah tanah
1)
Talian
bekalan bawah tanah hendaklah sentiasa ditebat dan dilindungi sehingga
memuaskan hati Suruhanjaya, dan apabila talian ini dipasang pada jambatan atau
pembetung ia hendaklah dilindungi mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
PERATURAN
24
Radas
mudah alih secara am
1)
Suatu
kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem
dengan cantuman kekal atau palam dan soket yang dibina dengan sempurna.
2)
Suatu
radas mudah alih dan kabel fleksibel hendaklah dikawal dengan cara yang
berkesan yang diletakkan pada tempat yang sesuai dan berupaya mematikan radas.
3)
Suatu
bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara
berasingkan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.
4)
Suatu
radas mudah alih yang terdedah pada cuaca, atau yang boleh dicapai oleh
mana-mana orang biasanya bekerja berhampiran dengan lantai berkonduksi,
hendaklah daripada pembinaan bertebat sepenuhnya atau dibumikan, dan apabila ia
mudah rosak dengan tak sengaja, radas itu hendaklah selanjutnya dengan suatu
pengadang yang dibumikan.
5)
Tiada
pemegang lampu mudah alih boleh bersambung logam dengan pengadang lampu atau
dengan mana-mana bahagian logam terdedah lain pada lampu mudah alih yang tidak
dibumikan dengan berkesan.
PERATURAN
26
Papan
Tanda Elektrik
1)
Tiada
litar bagi mana-mana papan tanda elektrik boleh menggunakan voltan melebihi 7,500
volt ke bumi, yang diukur pada litar terbuka.
2)
Maka
hendklah ada cara berkesan memutuskan sambungan atau pengasingan supaya
pembaikan atau penyenggaraan papan tanda elektrik itu boleh dijalankan dengan
selamat.
3)
Suis
yang biasanya digunakan bagi mengawal litar hendaklah terdiri daripada jenis
dua kutub dan mempunyai kadaran arus yang mencukupi.
PERATURAN
28
Langkah-langkah
yg hendakah diambil oleh Pemunya atau Pengururusan
Pemunya
atau pengurusan pepasangan hendaklah-
a)
Menyenggara papan tanda elektrik sepanjang masa bagi
memastikan keselamatan yang mencukupi supaya menghindarkan bahaya;
b)
Mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah orang
yang tak diberikuasa daripada menyentuh mana-mana bahagian papan tanda
elektrik.
PERATURAN
29
Pepasangan
yang tidak digunakan
Apabila
terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan,
bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca tenaga dan tidak boleh
dibiarkan bertenaga.
PERATURAN 30
Kuasa Suruhanjaya
membuat pelarasan atau pindaan kepada pepasangan
Apabila
sesuatu pepasangan didapati akan menyebabkan gangguan tak wajar kepada bekalan
elektrik kepada pengguna atau pepasangan lain, Suruhanjaya boleh menghendaki
pemunya, penghuni atau pengurusan untuk membuat palasan atau pindaan kepada
pepasangan atau pengendalian sistem elektrik itu setakat yang, pada pendapatnya
perlu, bagi membetulkan keadaan itu.
PERATURAN
32
Pepasangan
di tempat-tempat hiburan awam
1)
Ditempat-tempat hiburan awam, apa-apa meter atau suis utama
yang digunakan berkaitan dengam pengambilan bekalan elektrik daripada pemegang
lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah
dipasang di dalam kepungan daripada saiz yang mencukupi yang hendaklah
dibuat daripada bahan rintangan api dan dialih udara secukupnya dan jika
kepungan itu terletak di tempat terbuka, kepungan itu hendakah daripada
pembinaan kalis cuaca.
2)
Penyambungan punca bekalan elektrik kepada papan suis
projektor, papan suis pentas atau papan kawalan lain hendaklah mudah diekses.
3)
Mana-mana bahagian suis, pemutus litar atau fius dan mana-mana
konduktor hidup hendaklah dilindungi untuk mengelakkan sentuhan tak sengaja
dengannya.
4)
Mana-mana papan suis, papan fius, pemutus litar atau radas
pengawalan elektrik yang lain hendaklah dipasang dengan apa-apa cara bagi
mengelakkan drp. diakses oleh org. selain daripada orang kompeten atau orang di
bawah penyeliaan langsung orang kompeten.
PERATURAN
34
Pembumian
bahagian logam, poin neutral, dsb.
1)
Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti
fius, bingkai giar suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana
janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana
pengubah, dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur
memasak dan kelengkapan elektrik lain termasuklah apa-apa
perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas II,
hendaklah dibumikan dengan berkesan.
2)
Mana - mana paip air yang disambungkan kepada sistem bekalan
air awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi.
3)
Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya
cara membumi.
4)
Poin neutral sistem arus ulang-alik atau poin tengah sistem
arus terus tidak boleh disambungkan ke bumi pada lebih daripada satu poin,
kecuali dengan kebenaran Suruhanjaya Tenaga.
5)
Jika poin neutral atau poin tengah sistem tidak dibumikan
dengan berkesan, peranti penunjuk dan pelindungan hendaklah dipasang bagi
mengelakkan bahaya yang disebabkan oleh kebocoran ke bumi daripada konduktor
hidup.
6)
Jika kebenaran Suruhanjaya Tenaga telah diperolehi untuk
menggunakan konduktor neutral sebagai konduktor bumi untuk membumikan rangka
radas elektrik itu, konduktor neutral itu tidak boleh digunakan sebagai
konduktor balik untuk bekalan fasa tunggal.
PERATURAN 35
Kaedah
pembumian
Dalam
mana-mana pepasangan sistem pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat
daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang
mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi, paip atau rod hendaklah diadakan.
Sistem membumi itu hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan
berkesan.
PERATURAN 36
Perlindungan
terhadap arus kebocoran bumi
1)
Bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan
terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang
membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan
perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan
atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang
mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 mA.
2)
Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan
akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah,
perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar
akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan sama ada secara
berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 mA.
3)
Bagi sesuatu pepasangan jika kelengakapan , radas atau
perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan,
perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar
akhir sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki
yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 mA.
4)
Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang
disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus
kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara
individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 mA melainkan-
a.
Atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan
perlindungan itu; atau
b.
Adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan
itu.
PERATURAN 37
Ruang
bagi papan suis atau kelengkapan
Mana-mana
bahagian sesuatu pepasangan papan suis atau kelengkapan dipasang di dalam
mana-mana premis:
a.
Hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering
b.
Hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis
atau kelengkapan itu dikendaikan dengan selamat
c.
Hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup
bagi pengendalian atau penyengaraan yang selamat; dan
d.
Tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.
PERATURAN 38
Notis
1)
Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan “DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar
tempat yang mengandungi kelengakapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran
pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah
membahyakan.
2)
Notis standard yang mempamerkan perkataan “BAHAYA” hendaklah diletakkan ditempat
yang mudah dilihat berdekatan dengan papan suis.
5)
Notis-notis di bawah subperaturan (1) dan (3) hendaklah mudah
dibaca dan ditempatkan di tempat yang mudah dilihat.
PERATURAN 39
Arahan
bagi Rawatan Renjatan Elektrik
1)
Arahan
dalam bahasa kebangsaan tentang cara bagi yang sesuai merawat orang terkena
renjatan elektrik hendaklah dilekatkan pada mana-mana pepasangan, selain
daripada pepasangan domestik, tempat orang biasanya diambil kerja dan tempat
elektrik dijanakan, diubah dan digunakan.
2)
Pemunya,
pengurusan, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sesuatu pepasangan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memastian bahawa mana-mana orang
diambi kerja di tempat itu memahami dan tahu mengenai arahan itu.
PERATURAN
40
Alat Pemadam Api
Alat
pemadam api hendaklah disediakan oleh pemunya, penguruan, pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik,
dan alat pemadam itu hendaklah disimpan di premis itu untuk digunakan pada
bila-bila masa.
PERATURAN
41
Syarat-syarat Am Talian Aerial
Beberapa
syarat-syarat am yang terpakai bagi talian aerial:
1)
Bahan konduktor terdiri daripada tembaga tarikan keras,
tembaga cadmium, alumanium, alumanium teras-keluli atau bahan yg dilulus oleh
ST.
2)
Konduktor tak bertebat, hendaklah tidak boleh diakses oleh
orang secara bersahaja dalam sesuatu bangunan atau mana-mana tempat lain.
3)
Ketinggian dan kelegaan konduktor yang mencukupi diadakan bagi
keselamatan mengikut penggunaanya.
4)
Cara berkesan hendaklah diadakan untuk memastikan konduktor
talian mati selepas terjatuh disebabkan terputus atau selainnya.
PERATURAN
45
Kehendak
bagi Perakuan Kekompetenan
1)
Mana-mana Jurutera Perkhidamtan Elektrik, Jurutera Elektrik
Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel
hendaklah memiliki suatu Perakuan Kekompetenan yang sah yang sesuai dengan
kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh
Suruhanjaya di bawah Peraturan-Perautan ini.
2)
Suatu permohonan untuk mengambil peperiksaan bagi Perakuan
Kekompetenan hendaklah dibuat secara bertulis bagi menentukan bahawa calon
berkenaan adalah layak oleh Suruhanjaya
PERATURAN
49
Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera
1)
a.
Warganegara Malaysia.
b.
Umur tidak ukrang daripada 20 tahun.
c.
Kelayakan pendidikan yang sesuai ditentukan Suruhanjaya.
d.
Pengalaman kerja dalam pengendalian kelengkapan elektrik dan
mengawal kelengkapan hidup tidak kurang daripada 3 tahun.
e.
Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
f.
Mematuhi syarat lain Suruhanjaya fikirkan perlu.
2)
Seseorang itu hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya dan memuaskan hati Suruhanjaya bahawa:
a.
Memahamai penggunaan pelbagai jenis kelengkapan dan
pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya.
b.
Pengetahuan tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan
dan rawatan renjatan elektrik.
c.
Pengetahuan tentang akta dan peraturan-peraturan di bawahnya.
5)
Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), Suruhanjaya boleh
mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau
semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
PERATURAN 52
Pendaftaran
sementara orang asing
1)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara
sebagai orang kompeten kepada mana-mana orang asing.
2)
Orang asing boleh dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan
Kekomptenan jika dia memuaskan hati Suruhanjaya bahawa-
a)
Memiliki kelayakan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik
di negaranya yang biasa diamalkan.
b)
Memiliki kepakaran yang diperlukan kehadiran secara fizikal di
malaysia.
c)
Mempunyai permit kerja dikeluarkan oleh pihak berkuasa
relevan.
PERATURAN
53
Keterangan Perubatan Kesihatan
Suruhanjaya
Tenaga boleh menghendaki supaya keterangan perubatan kesihatan tubuh badan dan
mental, yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar oleh seseorang
sebelum Perakuan Kekomptenan dikeluarkan kepadanya
PERATURAN
55
Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan
1)
Suruhanjaya
Tenaga boleh mengikut budi bicaranya-
a)
Menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera bagi
mana-mana jenis, kelas, tempoh atau tempat pepasangan.
2)
Suruhanjaya
Tenaga boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana Perakuan
Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang Suruhanjaya
fikirkan perlu.
PERATURAN
57
Penyerahan
balik Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain
1)
Seseorang
yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain hendaklah dengan serta-merta menyerah balik
Perakuan berkenaan kepada Suruhanjaya Tenaga yang akan mengeluarkan kepada orang
itu Perakuan Kekompetenan baru yang berkelayakan setara.
PERATURAN
58
Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak
Jika
Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hilang, dicuri,
musnah, rosak atau cacat, suatu penggantian Perakuan Kekompetenan boleh
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga apabila dikemukakan akuan bahawa salinan
asal Perakuan itu hilang, dicuri, atau musnah apabila salinan asal Perakuan
Kekompetenan yang telah rosak atau cacat itu diserah balik dan setelah membayar
fee yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
PERATURAN 59
Penggantungan
dan pembatalan Perakuan Kekompetenan
1)
Suruhanjaya
Tenaga boleh, selepas berakhirnya sesuatu siasatan di bawah Akta atau apabila
menimbangkan penghakiman mana-mana mahkamah atau mana-mana siasatan kematian
yang diadakan di bawah kanun Prosedur Jenayah, jika didapati perlu oleh Suruhanjaya
Tenaga untuk berbuat sedemikian, menggantung bagi apa-apa tempoh sebagaimana
yang diputuskan olehnya atau membatalkan secara mutlak mana-mana Perakuan
Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
2)
Suruhanjaya
Tenaga boleh mengantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan
di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang Perakuan ini telah
memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan,
perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau
selainnya.
3)
Suruhanjaya
Tenaga boleh mengendors, mengantung atau membatalkan mana-mana Perakuan
Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal salah
laku yang serius.
4)
“Salah
laku serius” ertinya satu atau lebih daripada berikut:
a.
Tidur
semasa bertugas,
b.
Menyebabkan
kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak cermat,
c.
Menyebabkan
bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat,
d.
Meyebabkan
kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang
disediakan
e.
Meyebabkan
bahaya kepada nyawa kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang
disediakan,
f.
Berada
di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali semasa bertugas,
g.
Membuat
atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, atau perakuan atau representasi palsu
atau fraud secara bertulis atau selainnya; atau
h.
Gagal
menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan ini.
PERATURAN 60
Orang
kompeten
1)
Orang
kompeten yang mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa
kerja pengendalian sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh mana-mana pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah, melainkan dikecualikan di bawah Akta, disyorkan oleh orang berikut:
PERATURAN 61
Orang
kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam
Walau
apa pun peraturan 60, orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen
pepasangan awam hendaklah-
a)
Mengerjakan,
mengendalikan atau mengawal pepasangan awam itu; dan
b)
Bertanggungjawab
bagi kerja atau kendalian dalam pepasangan oleh mana-mana orang yang di bawah
kawalannya.
PERATURAN 62
Orang
kompeten bagi setiap giliran
Mana-mana
pepasangan atau kelengkapan dikehendaki oleh dua atau lebih giliran, orang
kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau
pemegang lesen pepasangan atau kelengkapan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60.
PERATURAN 63
Pendaftaran
Orang kompeten
1)
Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan
di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau
perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini berhubungan dengan Perakuan
Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Suruhanjaya.
3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan
Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh
mendaftar atau dibenarkan mendaftar perakuan atau perakuan-perakuan itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau
pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Tenaga.
5) Seseorang, yang memegang Perakuan Kekompetenan
sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat
apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang
seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan
itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.
6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur
seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke setahun mengikut budi bicara Suruhanjaya
yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang
itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.
PERATURAN 64
Orang
kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.
1)
Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecauli
mana-mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direkabentuk
untuk disambungkan kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan
pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima tenaga melainkan jika sambungan
itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.
PERATURAN 110
Pemeriksaan
dan ujian bagi maksud penyeggaraan pepasangan, dsb.
1)
Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik
dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa
untuk mencegah bahaya.
2)
Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang
dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengurusan
atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
3)
Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik,
hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali
setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa diarahkan oleh Suruhanjaya.
4)
Mana-mana geganti dan peranti perlindung sesuatu pepasangan
hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-biila masa yang
darahkan oleh Suruhanjaya.
5)
Seorang Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau
premis di tempat pepasangan diletakkan jika dia berpendapat adalah wajar
berbuat demikian bagi kepentingan orang ramai atau keselamatan awam, dan jika
notis bertulis diberikan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu
pepasangan atau mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah
menyebabkan orang yang menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan
apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya dalam notis
itu.
PERATURAN 111
Orang
kompeten hendaklah mengusahakan kerja penyenggaraan
Tiada
seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang
kompten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan, penggantian,
penservisan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian
daripada pepasangan.
PERATURAN 112
Langkah
awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja
1)
Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang
mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau kelengkapan daripada
terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja.
2)
Mana-mana orang yang terlibat dalam kerja yang berkaitan
dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi secukupnya
daripada bahaya, dan tanggungjawab bagi perlindungan itu hendaklah terletak
pada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, pemunya, pengurusan atau
penghuni pepasangan itu, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang
berkenaan.
3)
Jika mana-mana orang terlibat dalam kerja pada suatu litar
yang dikawal dengan suis yang tidak berada dibawah seliaan langsungnya, suis
itu hendaklah dikunci dalam kedudukan “OFF” sehingga kerja itu selesai, dan-
a)
Dalam hal kerja talian aerial, notis hendaklah digantung pada
suis dan tiang pembumi bagi mengadakan pembumian hendaklah dilekapkan pada jarak
yang boleh dilihat,
b)
Dalam kerja memasang kabel bawah tanah, notis hendaklkah
digantung pada suis dan suis itu tidak boleh ditutup.
4)
Jika litar dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat
tinggi, suis dalam subperaturan (3) hendaklah dikunci pada kedudukan “OFF” oleh
orang kompeten.
5)
Tiada orang kompeten atau orang yang di bawah kawalan orang
kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa
semua orang sudah tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran bahawa
litar itu akan dihidupkan.
6)
Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan
sesuatu peranti keselamatan yg dipasang berkaitan dgn atau untuk digunakan
degan mana-mana pepasangan atau kelengkapan.
7)
Walau apa pun subperaturan (1), (3), (4) dan (5) jika orang
kompeten berpuashati bahawa kerja hidup pada mana-mana pepasangan, kelengkapan
atau litar, mengikut mana-mana yang berkenaan adalah selamat, adalah tidak
menyalahi untdang-undang bagi mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam kerja
sedemikian
PERATURAN 113
Orang
kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis
Tiada
kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan
sehingga arahan bertulis telah keluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang
di bawah kawalannya.
PERATURAN 116
Larangan
menggunakan kelengkapan yang membahayakan kesihatan
1)
Tiada seorang pun boleh menggunakan, mengerjakan atau
mengendalikan apa-apa kelengkapan yang, pada pendapat Pegawai kesihatan Negeri,
adalah mengancam atau membahayakan kesihatan orang yang menjaganya atau orang
awam.
PERATURAN
121
Peruntukan peralihan dan kecualian
Dengan
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini-
a)
Mana-mana pepasangan atau kelengkapan dalam pengendalian yang
rekabentuk dan pembinaanya tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini hendaklah
diubah supaya mematuhi Peraturan-Peraturan ini dalam masa yang munasabah yang
diarahkan oleh Suruhanjaya.
PERATURAN
122
Penalti
Melainkan
jika selainnya dijadikan suatu kesalahan di bawah Akta, seseorang yang
melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak
melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
PERATURAN
123
Peraturan-Peraturan
Bekalan Elektrik 1990 adalah dengan ini dibatalkan.
No comments:
Post a Comment