Translate


web stats Toad Jumping Up and Down

Saturday 28 September 2013

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERATURAN - PERATURAN ELEKTRIK 1994

Mengikut kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990 Menteri membuat Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. 
SUSUNAN PERATURAN - PERATURAN ELEKTRIK 1994 

Ada 5 Bahagian dan 123 Peraturan
Dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994. Terdapat beberapa peraturan, subperaturan dan perenggan yang dikuatkuasakan pada 30hb Januari 1996.

PERATURAN - PERATURAN ELEKTRIK 1994
PERATURAN 1 
Nama & Mula Berkuatkuasa
Peraturan - Peraturan Elektrik 1994 Mengikut dalam Peraturan-Peraturan, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain. 
PERATURAN 2 
Tafsiran
PERATURAN 3 
Permohonan bagi pendaftaran pepasangan
(1) Melainkan jika dikecualilkan oleh Menteri, permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama. 
PERATURAN 5 
Pemeriksaan dan Ujian Pepasangan
(1) Pemeriksaaan dan ujian sesuatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah dibuat tidak lewat daripada 21 hari selepas diterima Borang A yang disebut dalam peraturan 3 dan notis munasabah bagi pemeriksaan dan ujian itu hendaklah diberikan seara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. 

PERATURAN 6 

Fee bagi Pemeriksaan dan Ujian Pepasangan

Fee hendaklah dikenakan bagi  pemeriksaan dan ujian mana-mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

PERATURAN 7

 Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pepasangan

(1) Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika - 
a)         Pepasangan tidak lagi digunakan. 
b)         Pepasangan didapati tak selamat. 
c)          Orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakan bagi tujuan berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan. 
d)         Orang itu telah melanggar Akta atau Peraturan-Peraturan. 
PERATURAN 11 
Kelulusan bagi memulakan pendawaian
1)     Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. 

2)     Cara menghitung perminataan arus maksima bagi pepasangan domestik dalam subperaturan (1) hendaklah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga. 
PERATURAN 14 
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian
2) Tiada pepasangan, selain peraturan 11, boleh menerima bekalan tenaga daripada atau diberi bekalan tenaga oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan. 
PERATURAN 15
Radas, konduktor, aksesori, dsb
1)         Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 
2)         Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 
3)         Sesuatu konduktor yang tidak dilindungi dengan penyalut logam atau dialirkan dalam pembuluh hendaklah dilindungi dengan penebat bush atau tiup, apabila konduktor itu menembusi dinding, sesekat, lantai atau bumbung bangunan atau binaan lain. 
4)         Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam dalam plaster dengan syarat kabel dan pembuluh itu ialah daripada bahan yang kakisan pada kabel atau pembuuluh itu tidak akan menyebabkan tebatan menjadi lemah dan bahaya akibat langsung daripada kebocoran arus. 
5)         Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di dalam simen tulen atau konkrit. 
6)         Mana-mana konduktor atau radas yang terdedah pada cuaca, air, kakisan, pemanasan yang tak sewajarnya atau digunakan dalam persekitaran yang mudah terbakar atau dalam persekitaran yang mudah meletup hendaklah dibina atau dilindungi sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 
 PERATURAN 16 
Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb.
(1) Mana-mana suis, fius suis, suis fius, pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah- 
a)         Dibina, ditempatkan atau dilindungi mengikut apa- apa cara bagi mencegah bahaya 
b)         Dibina dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi membuat dan mengekalkan sentuhan berkesan 
c)          Disediakan gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan disusun mengikut apa-apa cara supaya gagangnya tidak boleh dengan tak sengaja tersentuh mana- mana bahagian hidup 
d)         Dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan tak sengaja tersentuh mana-mana bahagian hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan “off”. 
e)         Dibina dalam apa-apa cara supaya ia tidak boleh dalam keadaan sentuhan separa dengan mana-mana konduktor hidup; dan 
f)           Dibina dengan apa-apa cara supaya tidak terdapat arka apabila digunakan untuk memutuskan litar berbeban 
(2) Mana-mana pemutus litar dan penyentuh yang digunakan untuk menukarkan sumber bekalan hendaklah mempunyai kutub-kutub yang termasuk suatu kutub neutral. 
3) Mana-mana fius atau pemutus litar hendaklah - 
a)     Dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya dapat memutuskan arus apabila ia melebihi nilai yang diberikan bagi masa yang mencukupi bagi mencegah bahaya; dan 

b)     Dibina, dikawal atau ditempatkan dengan apa-apa cara supaya dapat mencegah bahaya akibat terlampau panas, pengarkaan atau daripada penyelerakan logam panas atau bahan lain. 
(4) Fius dalam subperaturan (3) hendaklah sama ada yang dibina sedemikian rupa atau yang dilindungi dengan suis supaya bahagian boleh lakurnya mudah diganti tanpa bahaya.
PERATURAN 17 
Janakuasa, motor, pengubah, dsb.
1)         Mana-mana bahagian janakuasa, motor, pengubah atau kelengkapan lain yang dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi yang boleh dicapai dengan bersahaja oleh seseorang hendaklah dilindungi jika perlu untuk mencegah bahaya. 
2)         Sesesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidupkan atau memberhentikannya. 
3)         Suis yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu. 
4)         Mana-mana gear suis yang digunakan yg berkaitan dengan win, penggulung dan kren yang terdedah kepada cuaca, di atas kapal korek atau di tempat bawah tanah, dikendalikan pada voltan lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah terdiri daripada jenis salutan logam yang bertutup sepenuhnya. 
5)         Jika tenaga diubah daripada satu voltan kepada satu voltan lain, peruntukan hendaklah diadakan untuk mengawal daripada bahaya disebabkan sistem voltan rendah itu tercaj dengan tidak sengaja lebih tinggi daripada voltan biasanya disebabkan kebocoran daripada atau kebocoran disebabkan sentuhan dengan sistem voltan yang lebih tinggi. 
6)         Jika sesuatu pengubah-auto digunakan bagi apa-apa maksud, perhatian hendaklah diambil bagi memastikan voltan di antara mana-mana bahagian lilitan voltan rendah dengan bumi tidak melebihi voltan di antara terminal-terminal lilitan voltan rendah itu. 
7)         Sesuatu pencawang bawah tanah, tidak selainnya mudah dan selamat diakses, hendaklah disediakan dengan cara-cara masuk yg memadai melalui pintu dgn. Tangga atau tangga panjat yang dipasangkan dengan selamat dan ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya tidak terdapat bahagian yang hidup pada mana-mana papan suis atau konduktor tak bersalut yg boleh dicapai dgn bersahaja oleh mana-mana orang. 
PERATURAN 18 
Cara Pengasingan
Didalam suatu sistem elektrik, cara yang berkesan hendaklah diadakan bagi: 
a)         Mematikan setiap bahagian sistem 
b)         Melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan 
c)          Mematikan setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang selebihnya 
d)         Mematikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang selebihnya. 
PERATURAN 19 
Susunan papan suis secara am
1)     Susanan am papan suis hendaklah seperti berikut: 

a)       Semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah diakses. 
b)       Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis. 
c)        Sesuatu konduktor, tidak disusun untuk sambungan kepada sistem yang sama, hendaklah diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan. 
d)       Sesuatu konduktor tak besalut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi mencegah bahaya daripada sentuhan tak segaja. 
2)     Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di atas lantai di bahagian setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseoang pengendali.
3)     Sesuatu papan suis yang mempunyai konduktor tak bersalut yang terdedah sedemikian rupa sehingga mungkin tersentuh, hendaklah, jika tidak terletak disuatu kawasan yang berasingan bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya.
4)     Tiada siapa pun, kecuali orang kompeten atau orang yg bertindak di bawah penyeliaan langsung orang kompeten, boleh mendapat akses kpd mana-mana bhgn. papan suis. 
5)     Sesuatu radas yang bersangkutan dengan suatu papan suis dan menghendakki pengendalian hendaklah ditempatkan dan disusun mengikut apa-apa cara supaya radas itu boleh dikendalikan daripada pelantar kerja papan suis itu, dan mana-mana peralatan penyukat dan penunjuk yang disambungkan kepadanya hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa cara supaya radas itu boleh diperhatikan daripada pelantar kerja. 
6)     Jika radas, peralatan penyukat dan penunjuk yang disebut dalam subperaturan (5) dikendalikan atau diperhatikan daripada mana-mana tempat, langkah awasan yang mencukupi hedaklah diambil bagi mencegah bahaya. 
PERATURAN 20
 Mengendalikan papan suis
Sebelum apa-apa kerja dimulakan pada papan suis: 
a)         Papan suis itu hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan; atau 
b)         Jika papan suis itu disusun mengikut apa-apa cara supaya mana-mana konduktornya boleh dimatikan mengikut bahagian dan diasingkan dengan pemisah atau pengadang kekal atau boleh alih daripada bahagian yang bersebelahan yang konduktornya hidup, bahagian yang padanya kerja akan dibuat hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan. 
PERATURAN 21 
Papan suis dikendalikan pada voltan tinggi dan voltan amat tinggi
Dalam suatu papan suis yang dikendalikan pada voltan tinggi atau amat tinggi - 
a)         Konduktor yg boleh dicapai dengan bersahaja oleh orang yang berdiri di atas pelantar kerja atau dalam mana-mana laluan papan suis hendaklah ditempatkan atau dilindungi secukupnya bagi mencegah bahaya; 
b)         Rangka logam mana-mana peralatan hendaklah dibumikan; dan 
c)          Gagang logam suis dan mana-mana gear logam bagi mengendalikan suis hendaklah dibumikan. 
PERATURAN 22 
Sesalur dan sambungan bawah tanah
1)         Talian bekalan bawah tanah hendaklah sentiasa ditebat dan dilindungi sehingga memuaskan hati Suruhanjaya, dan apabila talian ini dipasang pada jambatan atau pembetung ia hendaklah dilindungi mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
PERATURAN 24
Radas mudah alih secara am
1)         Suatu kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam dan soket yang dibina dengan sempurna. 
2)         Suatu radas mudah alih dan kabel fleksibel hendaklah dikawal dengan cara yang berkesan yang diletakkan pada tempat yang sesuai dan berupaya mematikan radas.
3)         Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara berasingkan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.
4)         Suatu radas mudah alih yang terdedah pada cuaca, atau yang boleh dicapai oleh mana-mana orang biasanya bekerja berhampiran dengan lantai berkonduksi, hendaklah daripada pembinaan bertebat sepenuhnya atau dibumikan, dan apabila ia mudah rosak dengan tak sengaja, radas itu hendaklah selanjutnya dengan suatu pengadang yang dibumikan.
5)         Tiada pemegang lampu mudah alih boleh bersambung logam dengan pengadang lampu atau dengan mana-mana bahagian logam terdedah lain pada lampu mudah alih yang tidak dibumikan dengan berkesan.
PERATURAN 26
Papan Tanda Elektrik
1)         Tiada litar bagi mana-mana papan tanda elektrik boleh menggunakan voltan melebihi 7,500 volt ke bumi, yang diukur pada litar terbuka. 
2)         Maka hendklah ada cara berkesan memutuskan sambungan atau pengasingan supaya pembaikan atau penyenggaraan papan tanda elektrik itu boleh dijalankan dengan selamat. 
3)         Suis yang biasanya digunakan bagi mengawal litar hendaklah terdiri daripada jenis dua kutub dan mempunyai kadaran arus yang mencukupi. 
PERATURAN 28
Langkah-langkah yg hendakah diambil oleh Pemunya atau Pengururusan
Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah- 
a)         Menyenggara papan tanda elektrik sepanjang masa bagi memastikan keselamatan yang mencukupi supaya menghindarkan bahaya; 
b)         Mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah orang yang tak diberikuasa daripada menyentuh mana-mana bahagian papan tanda elektrik. 
PERATURAN 29 
Pepasangan yang tidak digunakan
Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan, bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca tenaga dan tidak boleh dibiarkan bertenaga. 

PERATURAN 30 

Kuasa Suruhanjaya membuat pelarasan atau pindaan kepada pepasangan

Apabila sesuatu pepasangan didapati akan menyebabkan gangguan tak wajar kepada bekalan elektrik kepada pengguna atau pepasangan lain, Suruhanjaya boleh menghendaki pemunya, penghuni atau pengurusan untuk membuat palasan atau pindaan kepada pepasangan atau pengendalian sistem elektrik itu setakat yang, pada pendapatnya perlu, bagi membetulkan keadaan itu. 
PERATURAN 32 
Pepasangan di tempat-tempat hiburan awam
1)       Ditempat-tempat hiburan awam, apa-apa meter atau suis utama yang digunakan berkaitan dengam pengambilan bekalan elektrik daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipasang di dalam kepungan daripada saiz yang mencukupi yang hendaklah dibuat daripada bahan rintangan api dan dialih udara secukupnya dan jika kepungan itu terletak di tempat terbuka, kepungan itu hendakah daripada pembinaan kalis cuaca.
 2)       Penyambungan punca bekalan elektrik kepada papan suis projektor, papan suis pentas atau papan kawalan lain hendaklah mudah diekses.

 3)       Mana-mana bahagian suis, pemutus litar atau fius dan mana-mana konduktor hidup hendaklah dilindungi untuk mengelakkan sentuhan tak sengaja dengannya.

4)       Mana-mana papan suis, papan fius, pemutus litar atau radas pengawalan elektrik yang lain hendaklah dipasang dengan apa-apa cara bagi mengelakkan drp. diakses oleh org. selain daripada orang kompeten atau orang di bawah penyeliaan langsung orang kompeten.
 PERATURAN 34
Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.
 1)       Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti fius, bingkai giar suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah, dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik lain termasuklah apa-apa perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan berkesan. 
2)       Mana - mana paip air yang disambungkan kepada sistem bekalan air awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi. 
3)       Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi. 
4)       Poin neutral sistem arus ulang-alik atau poin tengah sistem arus terus tidak boleh disambungkan ke bumi pada lebih daripada satu poin, kecuali dengan kebenaran Suruhanjaya Tenaga. 
5)       Jika poin neutral atau poin tengah sistem tidak dibumikan dengan berkesan, peranti penunjuk dan pelindungan hendaklah dipasang bagi mengelakkan bahaya yang disebabkan oleh kebocoran ke bumi daripada konduktor hidup. 

6)       Jika kebenaran Suruhanjaya Tenaga telah diperolehi untuk menggunakan konduktor neutral sebagai konduktor bumi untuk membumikan rangka radas elektrik itu, konduktor neutral itu tidak boleh digunakan sebagai konduktor balik untuk bekalan fasa tunggal.

PERATURAN 35
Kaedah pembumian
Dalam mana-mana pepasangan sistem pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi, paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan berkesan.
PERATURAN 36
Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi

1)       Bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 mA.
2)       Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 mA.
3)       Bagi sesuatu pepasangan jika kelengakapan , radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 mA.
4)       Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 mA melainkan-
a.      Atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau
b.      Adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
PERATURAN 37
Ruang bagi papan suis atau kelengkapan
Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan papan suis atau kelengkapan dipasang di dalam mana-mana premis:
a.        Hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering
b.        Hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu dikendaikan dengan selamat
c.        Hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup bagi pengendalian atau penyengaraan yang selamat; dan
d.        Tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.
PERATURAN 38
Notis

1)       Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan “DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar tempat yang mengandungi kelengakapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahyakan.
2)       Notis standard yang mempamerkan perkataan “BAHAYA” hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat berdekatan dengan papan suis.

5)       Notis-notis di bawah subperaturan (1) dan (3) hendaklah mudah dibaca dan ditempatkan di tempat yang mudah dilihat.
PERATURAN 39
Arahan bagi Rawatan Renjatan Elektrik

1)       Arahan dalam bahasa kebangsaan tentang cara bagi yang sesuai merawat orang terkena renjatan elektrik hendaklah dilekatkan pada mana-mana pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, tempat orang biasanya diambil kerja dan tempat elektrik dijanakan, diubah dan digunakan.
2)       Pemunya, pengurusan, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memastian bahawa mana-mana orang diambi kerja di tempat itu memahami dan tahu mengenai arahan itu.

PERATURAN 40

Alat Pemadam Api

Alat pemadam api hendaklah disediakan oleh pemunya, penguruan, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, dan alat pemadam itu hendaklah disimpan di premis itu untuk digunakan pada bila-bila masa.

PERATURAN 41

Syarat-syarat Am Talian Aerial

Beberapa syarat-syarat am yang terpakai bagi talian aerial:

1)       Bahan konduktor terdiri daripada tembaga tarikan keras, tembaga cadmium, alumanium, alumanium teras-keluli atau bahan yg dilulus oleh ST.
2)       Konduktor tak bertebat, hendaklah tidak boleh diakses oleh orang secara bersahaja dalam sesuatu bangunan atau mana-mana tempat lain.
3)       Ketinggian dan kelegaan konduktor yang mencukupi diadakan bagi keselamatan mengikut penggunaanya.
4)       Cara berkesan hendaklah diadakan untuk memastikan konduktor talian mati selepas terjatuh disebabkan terputus atau selainnya.

PERATURAN 45

Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan

1)       Mana-mana Jurutera Perkhidamtan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel hendaklah memiliki suatu Perakuan Kekompetenan yang sah yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Peraturan-Perautan ini.
2)       Suatu permohonan untuk mengambil peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah dibuat secara bertulis bagi menentukan bahawa calon berkenaan adalah layak oleh Suruhanjaya

PERATURAN 49

Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera

1)      
a.            Warganegara Malaysia.
b.            Umur tidak ukrang daripada 20 tahun.
c.            Kelayakan pendidikan yang sesuai ditentukan Suruhanjaya.
d.            Pengalaman kerja dalam pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup tidak kurang daripada 3 tahun.
e.            Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
f.              Mematuhi syarat lain Suruhanjaya fikirkan perlu.

2)       Seseorang itu hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan memuaskan hati Suruhanjaya bahawa:
a.            Memahamai penggunaan pelbagai jenis kelengkapan dan pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya.
b.            Pengetahuan tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
c.            Pengetahuan tentang akta dan peraturan-peraturan di bawahnya.
5)       Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
PERATURAN 52
Pendaftaran sementara orang asing
1)       Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara sebagai orang kompeten kepada mana-mana orang asing.
2)       Orang asing boleh dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan Kekomptenan jika dia memuaskan hati Suruhanjaya bahawa-
a)           Memiliki kelayakan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik di negaranya yang biasa diamalkan.
b)           Memiliki kepakaran yang diperlukan kehadiran secara fizikal di malaysia.
c)            Mempunyai permit kerja dikeluarkan oleh pihak berkuasa relevan.

PERATURAN 53

Keterangan Perubatan Kesihatan

Suruhanjaya Tenaga boleh menghendaki supaya keterangan perubatan kesihatan tubuh badan dan mental, yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar oleh seseorang sebelum Perakuan Kekomptenan dikeluarkan kepadanya

PERATURAN 55

Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan

1)       Suruhanjaya Tenaga boleh mengikut budi bicaranya-

a)         Menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera bagi mana-mana jenis, kelas, tempoh atau tempat pepasangan.

2)       Suruhanjaya Tenaga boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

PERATURAN 57

Penyerahan balik Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain


1)           Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah dengan serta-merta menyerah balik Perakuan berkenaan kepada Suruhanjaya Tenaga yang akan mengeluarkan kepada orang itu Perakuan Kekompetenan baru yang berkelayakan setara.

PERATURAN 58


Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak

Jika Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hilang, dicuri, musnah, rosak atau cacat, suatu penggantian Perakuan Kekompetenan boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga apabila dikemukakan akuan bahawa salinan asal Perakuan itu hilang, dicuri, atau musnah apabila salinan asal Perakuan Kekompetenan yang telah rosak atau cacat itu diserah balik dan setelah membayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
PERATURAN 59
Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan

1)         Suruhanjaya Tenaga boleh, selepas berakhirnya sesuatu siasatan di bawah Akta atau apabila menimbangkan penghakiman mana-mana mahkamah atau mana-mana siasatan kematian yang diadakan di bawah kanun Prosedur Jenayah, jika didapati perlu oleh Suruhanjaya Tenaga untuk berbuat sedemikian, menggantung bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan olehnya atau membatalkan secara mutlak mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
2)         Suruhanjaya Tenaga boleh mengantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang Perakuan ini telah memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.
3)         Suruhanjaya Tenaga boleh mengendors, mengantung atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal salah laku yang serius.

4)         “Salah laku serius” ertinya satu atau lebih daripada berikut:


a.  Tidur semasa bertugas,
b.  Menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak cermat,
c.  Menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat,
d.  Meyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan
e.  Meyebabkan bahaya kepada nyawa kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan,
f.    Berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali semasa bertugas,
g.  Membuat atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, atau perakuan atau representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya; atau
h.  Gagal menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan ini.

PERATURAN 60
Orang kompeten

1)             Orang kompeten yang mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja pengendalian sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh mana-mana pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan dikecualikan di bawah Akta, disyorkan oleh orang berikut:
PERATURAN 61
Orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam

Walau apa pun peraturan 60, orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen pepasangan awam hendaklah-
a)         Mengerjakan, mengendalikan atau mengawal pepasangan awam itu; dan
b)         Bertanggungjawab bagi kerja atau kendalian dalam pepasangan oleh mana-mana orang yang di bawah kawalannya.
PERATURAN 62
Orang kompeten bagi setiap giliran

Mana-mana pepasangan atau kelengkapan dikehendaki oleh dua atau lebih giliran, orang kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan atau kelengkapan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60.

PERATURAN 63
Pendaftaran Orang kompeten
1)         Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Suruhanjaya.

3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar perakuan atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Tenaga.

5) Seseorang, yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.
6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke setahun mengikut budi bicara Suruhanjaya yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.
PERATURAN 64
Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.

1)         Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecauli mana-mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direkabentuk untuk disambungkan kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima tenaga melainkan jika sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.
PERATURAN 110
Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyeggaraan pepasangan, dsb.

1)         Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.
2)         Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3)         Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa diarahkan oleh Suruhanjaya.
4)         Mana-mana geganti dan peranti perlindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-biila masa yang darahkan oleh Suruhanjaya.

5)         Seorang Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat pepasangan diletakkan jika dia berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi kepentingan orang ramai atau keselamatan awam, dan jika notis bertulis diberikan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah menyebabkan orang yang menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya dalam notis itu.
PERATURAN 111
Orang kompeten hendaklah mengusahakan kerja penyenggaraan

Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan.
PERATURAN 112
Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja

1)         Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja.
2)         Mana-mana orang yang terlibat dalam kerja yang berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi secukupnya daripada bahaya, dan tanggungjawab bagi perlindungan itu hendaklah terletak pada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, pemunya, pengurusan atau penghuni pepasangan itu, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3)         Jika mana-mana orang terlibat dalam kerja pada suatu litar yang dikawal dengan suis yang tidak berada dibawah seliaan langsungnya, suis itu hendaklah dikunci dalam kedudukan “OFF” sehingga kerja itu selesai, dan-
a)         Dalam hal kerja talian aerial, notis hendaklah digantung pada suis dan tiang pembumi bagi mengadakan pembumian hendaklah dilekapkan pada jarak yang boleh dilihat,
b)         Dalam kerja memasang kabel bawah tanah, notis hendaklkah digantung pada suis dan suis itu tidak boleh ditutup.
4)         Jika litar dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi, suis dalam subperaturan (3) hendaklah dikunci pada kedudukan “OFF” oleh orang kompeten.
5)         Tiada orang kompeten atau orang yang di bawah kawalan orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran bahawa litar itu akan dihidupkan.
6)         Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan sesuatu peranti keselamatan yg dipasang berkaitan dgn atau untuk digunakan degan mana-mana pepasangan atau kelengkapan.
7)         Walau apa pun subperaturan (1), (3), (4) dan (5) jika orang kompeten berpuashati bahawa kerja hidup pada mana-mana pepasangan, kelengkapan atau litar, mengikut mana-mana yang berkenaan adalah selamat, adalah tidak menyalahi untdang-undang bagi mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam kerja sedemikian
PERATURAN 113
Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis

Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah keluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang di bawah kawalannya.

PERATURAN 116
Larangan menggunakan kelengkapan yang membahayakan kesihatan
1)         Tiada seorang pun boleh menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan apa-apa kelengkapan yang, pada pendapat Pegawai kesihatan Negeri, adalah mengancam atau membahayakan kesihatan orang yang menjaganya atau orang awam.

PERATURAN 121

Peruntukan peralihan dan kecualian

Dengan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini-

a)         Mana-mana pepasangan atau kelengkapan dalam pengendalian yang rekabentuk dan pembinaanya tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini hendaklah diubah supaya mematuhi Peraturan-Peraturan ini dalam masa yang munasabah yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

PERATURAN 122

Penalti

Melainkan jika selainnya dijadikan suatu kesalahan di bawah Akta, seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

PERATURAN 123

Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1990 adalah dengan ini dibatalkan.