Translate


web stats Toad Jumping Up and Down

Sunday, 2 March 2014


Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Kepada semua pelajar lepasan SPM atau IKM Semester Akhir  yang ingin melanjutkan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA bagi sesi pengambilan Julai 2014 bolehlah merujuk kepada pekeliling di bawah melalui pengisian Online UPU atau eKemahiran di Portal Web MARA. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kemahiran di hujung jari anda. Jom melayari laman web ini http://upu.moe.gov.my atau http://www.ekemahiran.edu.my







Saturday, 1 March 2014

PERAKUAN KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA A1 CALON IKM KOTA KINABALU SESI JAN.-JUN 2013 (1/2013) – CALON SEPENUH MASA

Assalammualaikum dan selamat pagi.
Untuk makluman, sijil perakuan kekompetenan Penjaga Jentera A1 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi calon sepenuh masa sesi Jan.-Jun 2013 (1/2013) telah dihantar oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT) ke IKM Kota Kinabalu pada 20/02/2014. Oleh yang demikian calon-calon yang namanya tersenarai seperti lampiran di bawah bolehlah menuntut sijil kekompetenan berkenaan dengan Ketua Jabatan Elektrik, IKM Kota Kinabalu pada hari bekerja. Walau bagaimanapun pelajar yang ingin mengambil perakuan kekompetenan dinasihatkan menjelaskan dahulu tunggakkan wang makan atau koperasi jika masih belum menjelaskan bayaran berkenaan. 
Jabatan Elektrik IKM Kota Kinabalu mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya serta mendapat pekerjaan selepas meninggalkan IKMKK.
Bagi pelajar lepasan IKMKK serta memperolihi Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera A1, anda dipelawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Penjaga Jentera A4 beberapa IKM terpilih iaitu di Semenanjung Malaysia  selama 1 tahun atau mendapat keterangan lanjut dengan program Elektrik IKMKK.

Borang permohonan boleh di muat turun melalui pautan berikut http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1361765807

Syarat pengisian borang permohonan
1.    Sila gunakan pen atau pen mata bulat semasa mengisi borang ini.
2.    Pemohon-pemohon diminta menyertakan salinan sijil IKM dan Transkrip IKM (semester Akhir sahaja) yang telah disahkan semasa menghantar borang permohonan
3.    Hantarkan permohonan anda di alamat seperti di bawah :

                       
               PENGARAH
               BAHAGIAN  KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
               TKT 20 & 21 IBU PEJABAT MARA
               JALAN RAJA LAUT
               50609 KUALA LUMPUR   
              
               (U/P : EN. RAZALI BIN SAJADI)
'











JADUAL BERTUGAS PENGAJAR PROGRAM SEPARUH MASA ELEKTRIK (SPME)

Berikut adalah jadual bertugas pensyarah bagi program Separuh Masa Elektrik (SPME) Penjaga Jentera Elektrik A0/A1 sesi 1/2014 IKM Kota Kinabalu, Sabah.




Thursday, 7 November 2013

PESERTA-PESERTA BENGKEL SISTEM PENILAIAN PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN ELEKTRIK (MARA-ST)

Peserta bengkel Sistem Penilaian Prestasi Pelajar dan Peperiksaan Kekompetenan Elektrik di IKM Sungai Petani, Kedah pada 29 hingga 30 Oktober 2013.