PENDAWAIAN
ELEKTRIK
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem
rangkaian pengalir elektrik bagi membawa
arus elektrik ke litar akhir. Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada
peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana
yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of
Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC
60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of
Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa
dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir
yang sudah berubah.
SPESIFIKASI
BEKALAN ELEKTRIK
Menurut Piawaian MS IEC 60038, sistem bekalan
elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasa AC 230 V (RMS, julat +10%,
-6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).
SISTEM
PENDAWAIAN
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada
secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya
dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik
pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah
pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku
atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun
penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah,
tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat
getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.
Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi
tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas
pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.
PERLINDUNGAN
ARUS
Terdapat tiga bentuk perlindungan yang
disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya
yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus
elektrik, iaitu:-
1.
Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada
arus berlebihan
2. Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) -
Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi
3. Fius elektrik / pemutus litar kecil
(MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang
menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut
dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.
PEMASANGAN
MATA SUIS DAN SOKET
Kesemua suis dan soket yang digunakan dalam
sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak
pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang
tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar
bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.
Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk
digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan
elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai
"Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan
penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara,
biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.
PEMBUMIAN
Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi
menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik
akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan
rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti
pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan
elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas)
adalah antara komponen yang wajib dibumikan.
hi dear its very first-class and very helpful submit for those who are new and thinking to begin a weblog site.Your posts are very helpful and creative click on right here and see about inverters
ReplyDelete