Translate


web stats Toad Jumping Up and Down

Friday 31 October 2014

HARI TERBUKA JABATAN ELEKTRIK IKM KOTA KINABALU

Pada tanggal 8 September 2014, Jabatan Elektrik IKM Kota Kinabalu telah mengadakan "Hari Terbuka Jabatan" yang melibatkan Program Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Program Penyaman Udara dan Penyejukan. Pengisian program ini adalah mengadakan sesi pameran dan taklimat promosi jabatan kepada 6 buah sekolah menengah di sekitar daerah Sepanggar. Ianya juga melibatkan pelajar dan pensyarah dari program lain di dalam IKM untuk melihat sendiri aktiviti dan perjalanan latihan di Jabatan Elektrik. Sekalung tahniah kepada semua pensyarah dan pelajar dari jabatan elektrik serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam program ini.